Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 25, 2024 15:59 MYT
Julai 25, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Julai 2024.
Seramai 10 individu termasuk pengurus bank yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket curi wang akaun simpanan tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Selepas 14 tahun, ikatan perkahwinan di antara pelawak, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.
Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
Mahkamah Sesyen di sini, menolak permohonan ikat jamin terhadap pasangan suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel pada Mac lalu.
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam pesalah berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, menandakan detik yang suram dan menyedihkan untuk cabang kehakiman negara.
Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) selaras dengan amalan terbaik global melalui perbandingan negara-negara lain dalam masa terdekat.
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Seorang kakitangan bank wanita di Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia pada 5 Julai lalu, sempat memindahkan wang simpanan tetap milik pelanggan yang dipercayai dicurinya berjumlah lebih RM2 juta ke 11 akaun berlainan.