Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 22, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Julai 2024.
1. Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara baharu
Beliau menggantikan bekas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia, pada Mei lalu.
2. Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek dilanjut reman tujuh hari lagi
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan reman selama tujuh hari lagi bermula Selasa bagi membantu proses siasatan.
3. Bicara Sanusi tangguh, pembelaan hantar representasi kedua
AGC memerlukan masa untuk pertimbangkan representasi itu serta meneliti perkembangan baharu dalam kes berkenaan.
4. Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik PDRM menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.
5. Isteri Wan Saiful Wan Jan meninggal dunia
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Mohd Sobri Salleh, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 petang tadi.
6. Rusuhan Bangladesh: Kerajaan gerakkan pelan evakuasi, bawa semua rakyat Malaysia keluar
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementeriannya bekerjasama dengan AirAsia bagi membawa pulang sekurang-kurangnya 192 rakyat Malaysia di sana.
7. Meta mohon maaf kesilapan teknikal ucapan Istiadat Pertabalan Agong
Meta Platforms Inc (Meta) memaklumkan telah menyelesaikan kesilapan teknikal melibatkan ucapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan ulang tahun Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
8. KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru Bahasa Inggeris dari Singapura - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengemas kini garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, kata menterinya Fadhlina Sidek.
9. Kerajaan terbuka bangunkan tanah wakaf asalkan tepati hukum syarak
Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.
10. BN-PH fokus laksana 'penyasaran mikro' di PRK Nenggiri - Asyraf Wajdi
Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional (BN) - Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini memutuskan untuk melaksanakan 'penyasaran mikro' bagi setiap pengundi di DUN tersebut.
#berita pilihan #tempatan #meninggal dunia #Meta
;