Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 21, 2024 23:59 MYT
Julai 21, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 Julai 2024.
Polis telah selesai mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, yang mayatnya ditemukan di Hulu Selangor Isnin lepas.
Kebocoran gas di Kawasan Perindustrian Kerteh di Kemaman pada Sabtu petang mengakibatkan seorang pekerja cedera manakala dua lagi selamat.
Islam melarang bacaan doa qunut nazilah ditujukan kepada saudara sesama Islam kerana dikenali sebagai doa penghancur musuh.
Pelajar Malaysia yang terkesan akibat rusuhan di beberapa bandar di Bangladesh, akan dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi demi keselamatan mereka, kata Kementerian Luar.
Kapal MT Ceres 1 yang dilaporkan meninggalkan lokasi selepas perlanggaran dengan kapal tangki MT Hafnia Nile di kedudukan 25 batu nautika, Timur Laut Tanjung Balau, pada Jumaat, telah ditemui awal pagi tadi.
Dahulu, rakyat melakukan pengorbanan yang cukup besar untuk mengecapi kemerdekaan, termasuk golongan wanita yang sanggup menyerahkan barang kemas demi membolehkan pemimpin terbang ke London bagi urusan perjanjian kemerdekaan pada tahun 50-an.
Sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, talian komunikasi yang terhad dan risiko keselamatan yang tinggi susulan rusuhan ganas yang melanda Bangladesh antara perkara yang menghantui pelajar Malaysia yang terkandas.
Tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN dipinggirkan, malah semua disantuni dengan baik, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis masih menunggu laporan penuh analisis bedah siasat ke atas mayat mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
Atlet kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 memiliki tahap kesedaran tinggi dan sentiasa peka dalam pengambilan makanan tambahan agar tidak berpalit dengan isu doping pada temasya sukan itu bermula 26 Julai ini.