Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 19, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Julai 2024.
1. AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Pihak AGC telah mengkaji representasi itu dan membuat keputusan untuk menolaknya pada awal bulan ini.
2. Anggaran awal: Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 5.8 peratus - DOSM
Pertumbuhan yang dicatatkan itu adalah yang tertinggi semenjak suku keempat 2022 (7.4%).
3. Lelaki miliki bahan berkaitan kumpulan IS didakwa
Tertuduh didakwa memiliki barangan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di dalam telefon bimbit miliknya.
4. Qunut Nazilah bukan untuk perbalahan politik - Saifuddin Nasution
Tindakan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat pada Khamis, dilihat melampaui batas dan perlu ditolak rakyat.
5. Olimpik Paris: 'Semangat Juara' nyanyian Faizal Tahir lagu rasmi kontinjen Malaysia
Lagu itu didendangkan buat pertama kali hari ini menerusi laman media sosial Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.
6. Gangguan IT Global: Operasi lapangan terbang di beberapa negara terjejas
Gangguan itu menyaksikan mesin pelayan dan juga komputer berdepan isu BSOD ataupun Blue Screen of Death yang memaksa penutupan sesebuah komputer.
7. Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis pada 12.26 tengah hari, Khamis.
8. Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Menurut beliau, Ahmad Fayhsal sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membela diri sebelum Dewan Rakyat membuat keputusan tersebut.
9. Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.
10. Gangguan IT global: Keadaan kian pulih, tiada lagi beratur panjang di Terminal 2 KLIA
eadaan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semakin terkawal selepas ramai penumpang dilihat selesai proses daftar masuk.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;