Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 16, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
1. Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
2. Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, Putrajaya, pagi ini.
3. Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Keputusan Speaker Dewan Rakyat terkait kedudukan enam kerusi Parlimen yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi satu bentuk ujian dan implikasi kepada institusi Parlimen serta undang-undang Perlembagaan Persekutuan.
4. Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
5. Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih, akan terus rindui sokongan rakyat Malaysia
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengendali skuad kebangsaan atas sebab-sebab peribadi yang enggan didedahkan.
6. ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
7. Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor hari ini membuat laporan polis berikutan hantaran kononnya berbaur hasutan dan memfitnah beliau di laman TikTok.
8. Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
9. PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
10. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
#berita pilihan #tempatan #LKAN Siri 2 2024 #Titah Adendum