Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 12, 2024 23:59 MYT
Julai 12, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat menghormati keputusan peribadi dan privasi berhubung perkahwinan baginda.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ke mahkamah.
Kerajaan pada masa ini masih meneliti dan menilai semula subsidi dan bantuan yang diberikan kepada rakyat, termasuk petrol RON95, menurut Kementerian Ekonomi.
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.
Sehubungan itu, Perdana Menteri telah mengarahkan semua menteri mengadakan sesi dialog dengan pemegang taruh di kementerian masing-masing.
Beliau berkata Pakatan Harapan pada 2022 pernah mengusulkan supaya pindaan terhadap akta itu dibuat, namun ditolak kerajaan pada masa itu.
Kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mangsa kedua kejadian keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan yang menghembuskan nafas terakhirnya hari ini, mengalirkan air mata malam tadi.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat kelemahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga mengakibatkan beberapa penemuan dalam laporan yang didedahkan tidak tepat.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.