Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 10, 2024 23:59 MYT
Julai 10, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Julai 2024.
Seorang daripada dua beradik yang disyaki termakan keropok mengandungi racun meninggal dunia, Rabu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99, pada Rabu.
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula bagi menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun atau Julai 2025 dengan konsep dan format baharu, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan telah menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung status enam Ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 11 hingga 17 Julai ini.
MCA berharap pelajar yang gagal dalam rayuan bagi memasuki program matrikulasi diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap warga agensi penguatkuasaan di negara ini memiliki nilai murni dan disiplin yang tinggi dalam menggalas tugas mempertahankan keselamatan negara.
Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Agensi Agama bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim 2024-2028 sebagai panduan dan rujukan kepada agensi yang terlibat dalam usaha memperkasakan komuniti OKU beragama Islam.