Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 9, 2024 15:52 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Julai 2024.
1. BRICS: Kenapa Malaysia harus terikat dengan satu blok sahaja? - PM Anwar
Anwar berkata, sebagai negara bebas dan merdeka, adalah baik untuk negara menjalin hubungan dengan banyak negara.
2. Menteri dikenakan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya - PM
Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. 'Saya harap diberi keputusan adil' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan proses mahkamah pada Selasa berhubung semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah yang dihadapinya dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
4. KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
5. Lemon Law: Kerajaan tumpu penyelesaian pertikaian antara pengguna, syarikat automotif
Penyelesaian pertikaian di antara pengguna dan syarikat automotif merupakan tumpuan utama kerajaan dalam mewujudkan skim ombudsman khas untuk industri automotif di Malaysia.
6. Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama
Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, Jun lalu.
7. Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.
8. Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Penutupan pintu pagar balai polis di seluruh negara selepas jam 10 malam tidak akan menjejaskan proses penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat apabila ia dilaksanakan.
9. Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah di paras bahaya - NADMA
Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak menunjukkan penyusutan baki simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya iaitu masing-masing 18.37 peratus dan 19.97 peratus.
10. HRD Corp: Siasatan SPRM menjurus kepada elemen jenayah
SPRM menjelaskan bahawa siasatan berhubung syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) tidak akan tertumpu kepada isu-isu kelemahan pengurusan dan ketidakakuran peraturan.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI