Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 8, 2024 23:59 MYT
Julai 8, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Julai 2024.
Mansor Puteh pernah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217.
Pihak polis sedang mengesan suspek yang disyaki jiran mangsa untuk membantu siasatan.
Seorang wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial.
Hakim turut memerintahkan Mamat menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang selama dua tahun.
Keputusan itu ekoran pengalaman bekerjasama dengan parti tersebut sebelum ini yang menyaksikan banyak keputusan bersama di antara kedua-dua parti dikhianati Pas.
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemilihan seseorang untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya seharusnya tidak terikat dengan kaedah lama sebaliknya perlu lebih dinamik merentasi semua parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Vokalis kumpulan Scan, Azan memaklumkan dia kini berada di Hospital Kajang untuk rawatan susulan selepas mengalami serangan jantung pada Khamis lalu.
PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) menamakan tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharunya dengan nama Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong sebagai langkah persediaan memulakan operasi cawangan LNG Kanada yang dijangka bermula pada tahun ini.