Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 3, 2024 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
1. Mahkamah tolak permohonan Najib cabar kewujudan Titah Adendum
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.
2. Sheikh Al-Azhar tiba di Malaysia untuk lawatan khas selama empat hari
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir.
3, Aliff, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat, minta dibicara
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhawat pada Mac lalu.
4. 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
5. Tuntutan harta lebih RM2.1 bilion Jamaludin Jarjis selesai
Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail bersama empat anak dan ibu mentuanya akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut tuntutan harta.
6. Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia merupakan pilihan yang telah dilakukan dengan rapi menerusi perbincangan yang dilakukan bersama Azeem serta Sheeren Samson Vallabouy.
7. Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri
Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
8. Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif, pada waktu jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) yang perlahan.
9. Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad
Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
10. PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Pakatan Harapan (PH) berpeluang untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini jika mereka berjaya menarik sokongan 36 peratus undi Melayu.
#berita pilihan #berita tempatan #Palestin #lawatan khas
;