Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 2, 2024 23:46 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
1. Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
2. Olimpik Paris 2024: MOM pilih rekaan baharu pakaian kontinjen
Perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.
3. Pelajar IPT ditangkap khalwat, beri alasan takut sendirian di rumah
Pasangan pelajar IPT berkenaan didapati telah tinggal bersama di kediaman tersebut sejak lebih seminggu lalu.
4. Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Dia juga terkejut apabila masuk ke salah satu ruangan di dalam banglo itu dan mendapati banyak koleksi kaset dan cakera padat (CD) milik Allahyarham.
5. Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Ia berhubung permohonan badan itu untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri terbabit.
6. Kerajaan teliti impak sebelum buat keputusan mengenai rasionalisasi subsidi RON95 - PM
Beliau berkata setakat ini, tiada kertas dasar mengenai rasionalisasi subsidi bahan api RON95.
7. PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
8. RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
9. Kerajaan pasti akan tunaikan penempatan matrikulasi, tidak perlu risau - Zambry
Kerajaan pasti akan menunaikan jaminan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penempatan pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dalam program matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA).
10. Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
#Kadar kesuburan #tempatan #berita pilihan #matrikulasi
;