Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 1, 2024 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
1. Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak 'keterlaluan' dalam membahaskan polemik berkaitan isu BlackRock.
2. Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kerajaan akan terus tegas mempertahan kuota Bumiputera meskipun jaminan diberikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
4. Mahkamah tetap 1 Ogos permohonan jaminan kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Pada sebutan semula kes 1 Ogos depan, barulah mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan untuk mendengar permohonan jaminan tersebut.
5. 'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi
Namun katanya, buat masa beliau tidak terfikir untuk menyertai mana-mana parti, sebaliknya bersedia bertanding atas tiket Bebas.
6. Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara turut membenarkan rayuan Lokman Noor untuk mengetepikan hukuman penjara sebulan selepas beliau memohon maaf secara terbuka.
7. Yadim selar tindakan peralat isu Palestin untuk kepentingan politik
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan tindakan menggunakan perjuangan Palestin dan Masjidil Aqsa demi kepentingan peribadi, kelompok dan parti politik tertentu merupakan perbuatan sangat tidak wajar.
8. Tempat cukup bagi lepasan SPM 10A untuk ke matrikulasi, asasi - Zambry
Kerajaan akan memastikan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang memperoleh keputusan 10A ke atas namun tidak mendapat tempat di matrikulasi atau program asasi universiti awam (UA), ditawarkan tempat sewajarnya.
9. Pemerdagangan manusia: 90 peratus bukan mangsa sebaliknya terlibat jenayah penipuan di luar negara
Kira-Kira 90 peratus rakyat Malaysia yang dikatakan menjadi mangsa pemerdagangan manusia didapati bukanlah mangsa sebenar sebaliknya terlibat dalam sindiket jenayah penipuan di luar negara.
10. Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Malaysia tidak meratifikasi Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) kerana ia boleh menyebabkan pindaan kepada akta sedia ada di negara ini.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia