Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 30, 2024 23:59 MYT
Jun 30, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung satu hantaran Facebook Kelab Penyokong Pas Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam tuduhan rasuah.
Sidang media khas enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan pada Ahad terpaksa dibatalkan.
Syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor, menafikan penglibatan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di laman media sosial Instagram, pada Ahad.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul boleh mengambil 'keputusan berani' untuk mengisytiharkan kekosongan enam kerusi yang disandang oleh wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tanpa perlu menunggu sehingga 21 hari.
Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).
Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 238 penerima Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang Serta Pingat-Pingat Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-82, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini.
Kerajaan memberi jaminan semua pelajar cemerlang yang berjaya mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim tidak akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Ogos ini.