Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 29, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Jun 2024.
1. Syed Husin Ali meninggal dunia
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Syed Husin Ali meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi ini.
2. Larian Muar: Syed Saddiq kumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul RM55,000 dalam tempoh 24 jam sejak memulakan larian dalam misi 'Langkah Muar' pada Jumaat.
3. Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands
Dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands kira-kira 11 pagi tadi.
4. Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki mengalami kecederaan selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di Kajang.
5. PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
Bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengarah bagi PRK tersebut.
6. 'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM'
Kerajaan Negeri Johor melihat perkara itu adalah cubaan untuk menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
7. 6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Semua penjelasan mengenai pendirian mereka hanya akan dijawab dalam pertemuan bersama media di satu lokasi di Bangsar Shopping Centre.
8. Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
9. PRK medan uji keserasian parti dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan medan latihan untuk menguji keserasian pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10. Hannah harap isu pakaian rasmi kontinjen negara tidak berpanjangan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berharap isu pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan segera menemui titik noktah bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kontinjen negara menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai sehingga 11 Ogos.
#berita pilihan #tempatan #PRK Sungai Bakap #SPRM