Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 28, 2024 23:59 MYT
Jun 28, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos. Tarikh penamaan calon 3 Ogos. Undi awal 13 Ogos.
Majlis Olimpik Malaysia sedia berbincang dengan Yonex bagi menambah baik pakaian rasmi kontinjen Malaysia menjelang saingan Sukan Olimpik Paris 2024.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer bagi mengumpul dana berjumlah RM100,000 bermula pagi ini.
SPRM akan menyediakan tenaga pengajar Training of Trainers (TOT), dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.
Keahlian dan jawatannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah dilepaskan sejak September tahun lalu.
Konsert 'Qalam Noraniza Idris' bakal berlangsung di Panggung Bangsawan, Melaka, pada 27 hingga 29 September depan.
Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Seramai 159,027 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ditawarkan ke tempat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.