Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 27, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Jun 2024.
1. Cubaan curi kabel gagal, lelaki maut jatuh dari tingkat 23
Cubaan dua lelaki mencuri kabel gagal apabila seorang daripada mereka ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Kajang Utama, semalam.
2. Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini sedang giat memantau dan mengenal pasti aktiviti kartel dalam industri selepas lebih dua minggu penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
3. Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul
Penguguran pelaburan BlackRock daripada Malaysia dijangka mendatangkan implikasi dan kesan negatif kepada usaha merealisasikan agenda pelaburan negara.
4. Waran tangkap dikeluarkan terhadap usahawan selebriti Norjuma
Majistret terbabit mengeluarkan perintah itu selepas Norjuma, 44, gagal hadir ke prosiding yang bermula jam 9 pagi.
5. Pesawat ringan mendarat cemas di tapak ECRL, dua individu selamat
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan sebelum mengalami kegagalan enjin.
6. MFL batal dua hukuman terhadap Selangor FC
Begitupun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.
7. Syed Saddiq lari 'live' 200km mulai esok, kumpul dana RM100,000
Sebagai tanda protes terhadap peruntukan pembangkang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk mengumpul dana dengan melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen.
8. Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli
Tiada bukti yang mengesahkan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) telah digodam sehingga menyebabkan pendeposit kehilangan wang simpanan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
9. Persetubuhan tanpa kerelaan: Bekas polis diperintah bayar RM820,000 kepada dua wanita Mongolia
Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang bekas pegawai polis membayar RM820,000 kepada dua wanita warga Mongolia bagi persetubuhan tanpa kerelaan di dua bilik hotel semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan empat tahun lepas.
10. Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
Selangor FC memaklumkan mereka masih belum memfailkan sebarang rayuan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan hukuman dikenakan kepada pasukan itu sebelum ini.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI #berita Malaysia