Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 26, 2024 15:59 MYT
Jun 26, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Jun 2024.
Polis menembak mati dua penjenayah, kedua-duanya lelaki warga tempatan, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, di sini, pukul 2 pagi tadi.
Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, berkuat kuasa hari ini.
Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur melumpuhkan sindiket menggunakan warga asing dan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti mengemis sekitar ibu negara dalam serbuan di Jalan Sultan Azlan Shah malam tadi.
Azharina memberitahu dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang bakal keluar dalam tempoh dua minggu lagi.
Anwar turut meluahkan kekesalan kerana yang bercakap perkara itu adalah seorang bergelar ustaz, berjubah dan berkopiah tetapi melempar fitnah secara terang-terangan.
Baginda menganggap keputusan itu tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya kerana hakim itu pernah menjadi rakan kongsi firma guaman dilantik syarikat berkenaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau pernah mengugut untuk memecat Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018.
Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata dapatan tersebut adalah lanjutan daripada masalah struktur yang memamah keupayaan bersaing negara sejak sekian lama.