Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 23, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Jun 2024.
1. Kelulusan serta-merta bagi permohonan lengkap SKDS - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memberikan kelulusan serta-merta bagi permohonan lengkap Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang meliputi 33 jenis pengangkutan darat awam dan barangan.
2. Polis bongkar pelacur guna hotel bajet tawar khidmat seks RM100
Polis membongkar kegiatan pelacuran yang disyaki beroperasi di sebuah hotel bajet di Bukit Bintang, pada Sabtu.
3. Institut memandu terlibat rasuah berdepan pembatalan lesen - Anthony Loke
Institut Memandu (IM) yang didapati terlibat dengan sindiket lesen terbang atau lesen 'kopi O' bakal berdepan pembatalan lesen pengoperasian serta-merta.
4. Pembenihan awan ditumpu di tujuh lokasi sekitar Kelantan
Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kelantan memberi tumpuan kepada tujuh lokaliti strategik bagi mengatasi masalah penyusutan paras air Sungai Kelantan dan kemarau berpanjangan yang merundung para pesawah di negeri itu.
5. Pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Pengerang selesai Sabtu depan
Kerja-kerja pembersihan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, Johor yang bermula pagi semalam dijadual selesai sepenuhnya Sabtu depan.
6. Kerajaan Madani komited kurangkan jejak karbon, galak amalan mampan - PM Anwar
Kerajaan MADANI komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Malaysia alami kelunturan terumbu karang besar-besaran - DOF
Terumbu karang di negara ini sedang mengalami isu kelunturan besar-besaran 'mass coral bleaching' akibat peningkatan suhu permukaan laut yang boleh memberi implikasi serius terhadap biodiversiti marin, perikanan terumbu karang dan pelancongan di Malaysia
8. PM minta Ahli Parlimen jangan ponteng sidang Dewan Rakyat - Mohamad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan untuk pramesyuarat yang berlangsung di Seri Perdana hari ini.
9. HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke.
10. Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik 'Marilah Mengundi'
Seniman era 60-an Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif meluahkan perasaan gembira dan terharu, apabila lagu ikoniknya terutama ketika musim pilihan raya 'Marilah Mengundi', bakal dirakam semula, untuk diberikan nafas baharu.
#berita pilihan #tempatan #Marilah Mengundi #calon wanita
;