Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 21, 2024 23:59 MYT
Jun 21, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Jun 2024.
Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Fahmi Fadzil diingatkan supaya kekal di landasannya sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan susulan terlampau mengempar-gempurkan pengumuman berhubung penurunan harga telur, baru-baru ini.
Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul selain terdapat kesan luka koyak dan lebam pada kemaluan dan dubur mangsa.
Pasangan pelakon itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah.
Sebagai perdana menteri, beliau akan melakukan segalatermampu bagi membawa suara rakyat Palestin namun dalam masa yang sama, tidak boleh mengambil tindakan yang melemahkan ekonomi negara.
Mohamed Azmin berkata, penyerahan notis kekosongan kerusi itu dibuat menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Sebahagian besar isu dalam laporan Ranking Daya Saing Dunia 2024 yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) telah diselesaikan pada suku pertama tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wanita yang maut dipercayai ditikam suami dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Batu Gajah pada Khamis pernah mengadu telah beberapa kali menerima ugutan jenayah termasuk bunuh.
Hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China mencatatkan satu lagi pencapaian penting baru-baru ini dengan pemeteraian 11 memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan potensi pelaburan bernilai RM13.2 bilion.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PEMANDU Associates (PA) hari ini dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik dunia menjelang temasya Olimpik Los Angeles 2028.