ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Jun 2024.


1. Agamawan dinasihat hati-hati beri pandangan tentang hukum - Mohd Na'im

Semua agamawan di Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan pandangan masing-masing dengan sentiasa menyemak rujukan yang sah berdasarkan hadis dan hayat.



2. 'Disneyland Malaysia' kian suram, sepi?

Bandar Agacia, atau sinonim dengan julukan 'Disneyland Malaysia' sebelum ini, kini tidak lagi kelihatan gah seperti dahulu. Suasana pada siang harinya boleh dikatakan agak suram dan kurang pengunjung.


3. Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat

Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.


4. MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan membuka tirai secara rasmi Sabtu ini.


5. Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman

Kedua-dua negara menegaskan rundingan perlu dilakukan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara umum.


6. Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia

Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.


7. PM Anwar terima kunjungan hormat CEO Phison, bincang hala tuju jangka panjang berkait NSS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation Datuk Pua Khein Seng.


8. MCMC nafi jadi alat kerajaan untuk tutup mulut pengkritik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan. 


9. 'Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku' - Bekas suami Nora Danish

"TIADA yang berubah cuma dia bukan milikku di dalam Islam. Percayalah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku."

Demikian luah Nedim Nazri, 41, bekas suami kepada Nora Danish, di laman Instagramnya selepas menceraikan pelakon itu malam tadi.


10. Pilihan Raya Umum UK: Malaysia kekal rakan kongsi penting walau apa pun keputusan

Malaysia akan kekal menjadi rakan kongsi penting dan dihormati oleh United Kingdom (UK) walau apa pun keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum yang dijadual berlangsung pada Julai depan.