Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 19, 2024 23:59 MYT
Jun 19, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri.
Lima ahli keluarga suspek dalam kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan serta menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.
Perdana Menteri China, Li Qiang, yang dalam rangka kerja ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.
Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggalakkan perbuatan pengganas berkaitan IS kepada semua ahli keluarga.
Mereka didakwa menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.
Beliau berharap kontraktor induk iaitu China Communications Construction Company dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dapat menyegerakan projek pembinaan itu, yang dianggar akan siap pada Disember 2026.
Nora Danish dan bekas suaminya, Nedim Nazri, bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
Perdana Menteri China Li Qiang hari ini mengulangi pendirian Malaysia sebagai jiran rapat dan rakan kongsi penting, menekankan komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama dan memajukan pembangunan bersama.
Sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI telah diluluskan setakat Rabu, bagi pemilik kenderaan diesel individu (BUDI Individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi).