Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 17, 2024 23:51 MYT
Jun 17, 2024 23:51 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Jun 2024.
Sehari selepas berwukuf pada 9 Zulhijjah, seorang lagi jemaah haji negara menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci, menjadikan keseluruhan lapan jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
Seorang nenek bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai tersesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, ditemukan dalam keadaan selamat.
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri untuk bersama-sama bertakbir memuji kebesaran Allah SWT dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
Speaker Dewan Rakyat mempunyai 21 hari untuk memastikan berlakunya kekosongan kerusi luar jangka terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri.
Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini untuk tujuh tahun berturut-turut.
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam proses akhir membuat pindaan pada Akta Kanak-kanak 2001 dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.