Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 15, 2024 23:55 MYT
Jun 15, 2024 23:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Jun 2024.
Dua lelaki disyaki penjenayah terbunuh selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Abad, dekat Johor Bahru, petang Jumaat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menggesa pihak berkuasa menyiasat punca serangan asid ke atas pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim.
Sikap lewa menjadi faktor utama mengapa sebahagian besar Bumiputera Melayu tidak maju dalam pendidikan.
Kerajaan Melaka membawa kelainan sempena Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024 kali ini dengan menampilkan pameran khas 'Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor'.
Buat masa kini, mahkamah telah memberikan perintah penjagaan sementara kanak-kanak itu selama dua bulan sehingga 9 Ogos depan kepada JKM.
Kerajaan bersetuju pada dasarnya meluluskan peruntukan RM4 bilion untuk projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang, dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah.
Faisal muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandara Raya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan pada Sabtu.
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
Malaysia telah naik sembilan anak tangga dalam Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) untuk menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia.
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.