Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 13, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
1. Ismanira, Zaim Ikhwan mengaku tidak bersalah abai Zayn Rayyan
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling aya hari ini, atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
2. Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis
Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Rabu.
3. Sah! Aliff Aziz, Bella cerai talak satu
Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menceraikan isterinya, Bella Astillah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
4. "Saya rela hilang puluhan ribu daripada hidup dalam ketakutan’ - Faisal Halim
Faisal memaklumkan dia kini hanya mahu pulang ke kampung dan menjalani kehidupan yang tenang.
5. MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke
Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan pembubaran dan pindaan terhadap kedua-dua agensi terbabit akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun akan datang.
6. "Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu"
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yakin bahawa beliau masih Ahli Parlimen Bukit Gantang kerana beliau bukan berhenti, sebaliknya dipecat.
7. Kontena terbang: 11 pegawai kastam ditahan, SPRM rampas wang tunai RM4.4 juta
telah menahan 17 orang termasuk 11 pegawai kastam dan enam pengarah baru-baru ini, bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan ketirisan dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion di Pelabuhan Klang sejak 10 tahun lepas.
8. Insiden 'one by one, gentleman': Pemilik kedai, pelanggan berbaik atas semangat perpaduan
Dua lelaki iaitu pemilik kedai dan pelanggannya yang sebelum ini tular bergaduh di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, menerusi video yang popular dengan ungkapan 'one by one' dan 'gentleman', akhirnya berbaik atas semangat perpaduan.
9. Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Permohonan tujuh remaja lelaki untuk diikat jamin ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan tujuh remaja yang berdepan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki kolej vokasional berusia 17 tahun di Lahad Datu untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu sebutan seterusnya kes itu.
10. AS sah pulangkan RM721.4 juta aset dirampas berkaitan 1MDB
Amerika Syarikat mengesahkan untuk memulangkan kira-kira RM721.4 juta (AS$156 juta) susulan beberapa aset yang dirampas berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia.
#berita utama #berita tumpuan #berita tempatan #berita pilihan