Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 12, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Jun 2024.
1. Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Menurut bekas Perdana Menteri itu, dalam perjanjian itu, hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.
2. Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM
SPRM dalam satu kenyataan berkata, tidak timbul isu pihak penguat kuasa campur tangan atau berniat menghalang hak awam untuk mendapatkan perwakilan undang-undang.
3. Malaysia garis tiga perkara utama demi kemerdekaan Palestin
Mohamad Hasan menegaskan, semua pihak harus menyokong usaha-usaha ke arah mencapai penyelesaian damai.
4. Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah
bantahan tersebut dilakukan atas alasan polis cuba menggunakan akta tidak relevan di bawah Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan untuk prosiding tersebut.
5. Wanita maut dipercayai ditikam suami
Difahamkan, mangsa berusia 48 tahun ditikam beberapa kali oleh suspek yang berusia 56 tahun ketika berlaku pertengkaran.
6. Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan
Kedua-dua mereka ditahan oleh anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor, sekitar jam 2.30 petang.
7. Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.
8. Rakam video penunggang motosikal buat salah, kongsi dengan JPJ
Pengguna jalan raya di negeri Kelantan yang mempunyai video mengenai kesalahan penunggang motosikal boleh terus berkongsi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan segera.
9. Batu Puteh: 'Keputusan dibuat Kabinet, saya beri pandangan saja' - Dr Mahathir
Keputusan untuk menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh, dibuat oleh Kabinet pada 2018.
10. Malaysia-Singapura: PM Anwar harap isu air, sempadan maritim dapat diselesaikan segera
Perdana Menteri berharap isu tertangguh seperti perjanjian air dan sempadan maritim antara Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan sebelum Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
#berita pilihan #tempatan #Zayn Rayyan #wakil perundangan #berita Malaysia #Berita AWANI