Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 11, 2024 15:59 MYT
Jun 11, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Jun 2024.
Seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan, pada Isnin.
Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran Estet Ladang Tatau, Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, Bintulu.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop, Ipoh, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak akan terikut-ikut dengan tekanan daripada puak "penyakau".
Malaysia menggesa resolusi gencatan senjata penuh di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin dilaksanakan sepenuhnya dengan segera.
Berbaki empat hari sebelum berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun), seorang lagi jemaah haji negara meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan keseluruhan lima jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sekurang-kurangnya, 30 peratus dari hasil cukai negeri yang disalurkan ke Kerajaan Persekutuan patut dipulangkan semula ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelum itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).