Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 9, 2024 15:59 MYT
Jun 9, 2024 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Jun 2024.
Harga diesel akan diselaraskan mengikut pasaran semasa, bermula tengah malam ini (Isnin, 10 Jun), dengan harga permulaan di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia, ditetapkan pada RM3.35 seliter.
Jenazah bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad selamat dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.
Bukan setakat disaman, malah 121 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka sejauh satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat sini pada malam Sabtu.
Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.
Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji.
Pemain skuasy meningkat naik negara Sanjay Jeeva dan K. Sehveetrra mempamerkan prestasi cemerlang untuk membantu Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan campuran pada Kejohanan Piala SEA selepas menewaskan tuan rumah Filipina 2-0.
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud işu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.
uruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.