Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 6, 2024 23:54 MYT
Jun 6, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Jun 2024.
Proses penamaan calon akan berlangsung pada 22 Jun, manakala undi awal akan diadakan pada 2 Julai.
Polis akan merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing bagi membantu siasatan berkaitan ancaman bom palsu semalam.
RUU baharu ini juga akan menambah baik dan memantapkan prosedur penguatkuasaan berkaitan kuasa untuk menyiasat serta menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.
Penyanyi versatil era 1970-an, Jay Jay yang menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.
KPKT bersedia memasang kamera litar tertutup (CCTV) jika perbuatan vandalisme seperti kencing dan membuang sampah di dalam lif projek Program Perumahan Rakyat (PPR) masih berlaku.
Antaranya seperti tugasan dalam panggilan (on-call) yang terlalu panjang sebagai langkah menangani bebanan kerja dan kelesuan lampau dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital.
Sebanyak 25 daripada 672 sungai di seluruh negara yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) berada dalam kategori tercemar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Pendakwaan hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini membatalkan rayuan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Hasil pemantauan dilakukan pegawai penguat kuasa yang ditempatkan di lapan pintu masuk utama di Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis mendapati penyeludup mula mengubah strategi mereka.
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd telah dilantik bagi melaksanakan kehendak pemegang saham syarikat berkenaan iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.