Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 4, 2024 23:59 MYT
Jun 4, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Jun 2024.
Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengesahkan beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula Selasa.
Polis Padawan menahan seorang lelaki berusia 27 tahun selepas dipercayai menikam mati bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Haji Baki, dekat Kuching, pada Isnin malam.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan isterinya dimasukkan ke wad hospital di Kuala Lumpur akibat kanser usus tahap 4.
kadar fi itu akan disemak semula setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.
Ibunya Nor Ashila Mahamed Ismail, 43, berkata ia mengambil tempoh yang lama kerana sampel tisu Fatimah dihantar ke tiga makmal berbeza untuk dianalisis, bagi mengenal pasti penyakit dihadapi anaknya.
Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.
Pelakon dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan FUJIFILM Healthcare Americas Corporation (FUJIFILM) mengenai perancangan pelaburan dan sokongan yang boleh dilaksanakan oleh syarikat itu dalam sektor kesihatan di Malaysia.
Persiapan khemah jemaah haji Malaysia di padang Arafah dan Mina kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi untuk menerima 31,600 jemaah semasa Operasi Masyair.
Insentif berhubung pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.