Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 3, 2024 15:59 MYT
Jun 3, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Jun 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Jun 2024.
Anwar turut mendoakan agar Baginda kekal 'qarar' atau tenang dalam memayungi negara serta adil dan saksama.
Jamiatul Khairiah sebenarnya merupakan sebuah persatuan masyarakat berketurunan Arab warganegara Malaysia.
Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Dalam perlawanan itu, gol tunggal daripada penyerang The Red Giants, Alvin Fortes pada minit ketiga sudah cukup untuk menobatkan skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil sebagai juara.
Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di Johor Bahru, semalam.
Lans Koperal Mohd Zulkifly Rozak, 31, dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA, rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu pada Khamis.
Pimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebulat suara memutuskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
JAGUH Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menegaskan wang ringgit bukan motivasi utamanya setiap kali beraksi di gelanggang.
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang berkemampuan, khususnya penghuni Anjung Sinar Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di seluruh negara perlu merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran secara percuma dalam bidang kejururawatan.
Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.