Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 2, 2024 23:58 MYT
Jun 2, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Bekas Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas 12 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM1.55 juta antara 2020 dan 2021.
Anggota penguat kuasa yang bertugas dalam operasi tindakan pengusiran dan perobohan penempatan setinggan di Kampung Sri Makmur, Gombak baru-baru ini sentiasa mengikut prosedur serta tatacara kerja bagi memastikan keseluruhan struktur terlibat termasuk surau dikosongkan sepenuhnya.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu, kengganan mereka menandatangani surat itu juga menyebabkan mereka terlucut kerusi Parlimen.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota petugas di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menerima maklumat pertama kejadian tersebut pada jam 11.32 malam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara MADANI yang berpaksikan kepada kekuatan, semangat dan berjiwa Islam.
Jemaah haji yang terkandas di Mekah selama sebulan hari ini merakamkam penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas urusan membawa mereka pulang ke tanah air.
Allahyarham Zulkifli Yusof sempat menghantar isyarat kecemasan kepada ahli keluarganya sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Denali, Alaska.
Polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan.
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.