Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 1, 2024 23:50 MYT
Jun 1, 2024 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan reman tujuh hari mulai hari ini berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu pada Disember lalu.
Dua puluh lapan tahun hidup bersama tanpa anak, isteri kepada Allahyarham Mohd Zahir Ismail, jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia semasa mengerjakan tawaf di Masjidilharam pada Rabu lepas, tidak pernah berasa kesunyian.
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia, Zulkifli Yusuf, 37 tahun, maut ketika menaiki Gunung Denali, Alaska, gunung tertinggi di Amerika Utara, pada jam 6 pagi Rabu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan, dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.
Hannah Yeoh mengalu-alukan siasatan SPRM dalam isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Semua wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah berikrar untuk terus setia kepada parti demi membela bangsa, agama dan negara.
Membuat aksi meniarap seperti 'Superman' membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Pakar akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, perkara itu bukanlah suatu isu baharu kerana ramai calon SPM sedar bahawa penguasaan mereka terhadap mata pelajaran adalah lemah.
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini secara rasmi menyerahkan tanggungjawab sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Timbalannya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam pada Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.
Majikan dan pekerja diingatkan untuk mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2022 yang berkuat kuasa hari ini, kata Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.