Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 31, 2024 23:56 MYT
Mei 31, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mei 2024.
Anwar berkata ini menjadi keutamaannya memandangkan masalah kemiskinan di Sabah lebih serius dari di Pulau Pinang atau di Selangor.
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Anwar berkata beliau teruja untuk menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.
Seramai sembilan individu diselamatkan dalam kejadian kebakaran sebuah papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan tengah hari Jumaat.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memaklumkan baginda sedar wujud gerakan mengheret Institusi Diraja susulan insiden melibatkan seorang pegawai polis pengiring yang didakwa memukul pemandu kenderaan e-hailing pada 28 Mei lalu.
Daripada 21,517 jemaah haji Malaysia yang sudah tiba di Tanah Suci, 62 orang jatuh sakit dan sedang dirawat di hospital di Arab Saudi dan Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) di Mekah.
Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mendedahkan beliau diarah hadir ke prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (RCI Batu Puteh) pada 12 Jun.
LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk mempergiat operasi terhadap penyalahgunaan dan kecurian diesel di seluruh Malaysia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua pegawai polis yang terlibat dalam insiden anggota pengiring memukul orang kurang upaya (OKU) ke Bukit Aman dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
Malaysia perlu mengambil pendekatan rasional terhadap desakan beberapa badan bukan kerajaan agar negara menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika Syarikat kerana ia turut menyaksikan penglibatan tentera Israel.