Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 27, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mei 2024.
1. SPM 2023: 11,713 calon peroleh semua A
Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 atau 3.1 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
2. 'Tak hilang diri... jika semua selesai, Selasa saya nikah' - Mohd Azlan
Pasangan tular membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal baru-baru ini mengakui tertekan dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka telah menghilangkan diri.
3. ‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.
4. Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 1 Jun ini.
5. KWSP terima lebih 2 juta permohonan pemindahan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan setakat 22 Mei lepas, sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion.
6. PM umum peruntukan tambahan RM1 juta untuk tabung Kasih@HAWANA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA pada tahun depan.
7. Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
Sebanyak tujuh buah kereta di kawasan parkir di Taman Kinrara di sini rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan ribut, petang Isnin.
8. Selamatkan negara, lindungi hak rakyat lebih penting berbanding pengiktirafan antarabangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa langkah menyelamatkan negara dan melindungi hak rakyat adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
9. Polis siasat Chef Wan kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam
Polis mengesahkan Chef selebriti terkenal, Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.
10. Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negara #Berita AWANI
;