Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 25, 2024 23:53 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mei 2024.
1. Tiga maut nahas dua kereta di WCE
Tiga maut manakala enam lain cedera dalam nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 262.5, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Changkat Jering pada Jumaat.
2. Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah anggota Batalion Malaysia 850-11 bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang di Pokok Sena hari ini.
3. Astro, RTM tayang saluran khas 24 jam #Malaysia4Palestine mulai hari ini
Seiring dengan kelantangan dan sokongan tanpa henti terhadap Palestin, Astro Malaysia Holdings Bhd dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia menggerakkan inisiatif melalui saluran khas, #Malaysia4Palestine.
4. Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu memperkenal intrumen percukaian baharu sebaliknya melakukan penyasaran subsidi lebih adil dan menepati keperluan rakyat.
5. Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya selain melaksanakan pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Parlimen.
6. Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
7. Norza umum letak jawatan selepas Olimpik
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semasa Mesyuarat Majlis akan datang dijangka pada 24 Ogos, hanya dua minggu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
8. Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
9. Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu penting bagi memurnikan situasi di samping memberi pemahaman kepada orang ramai.
10. Negara luar muliakan Malaysia kerana ekonomi, kestabilan, perpaduan rakyatnya - PM Anwar
Berucap ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) Peringkat Kebangsaan 2024 pada Sabtu, Perdana Menteri berkata, itu respons diterima beliau dalam sesi lawatan ke beberapa negara sebelum ini.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #Astro Awani
;