Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 22, 2024 23:51 MYT
Mei 22, 2024 23:51 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mei 2024.
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang anak kapal berada di dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, pada Selasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keseriusan kerajaan untuk menggubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam.
Dia tinggalkan anak dan isteri di Perlis selain terpaksa tutup dan lupakan seketika bisnes kedai makan diusahakannya selama enam tahun.
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel untuk memastikan golongan sasaran menerima manfaatnya memerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.
Doktor pakar akan menjalankan pemerhatian ke atas Faisal atau terkenal dengan jolokan 'Mickey' pada Khamis.
Kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada pukul 8 pagi.
Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dalam tempoh enam bulan jelas mencerminkan hubungan rapat selama 68 tahun antara Malaysia dan Jepun.
Malaysia dianggap antara negara yang terkehadapan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat tinggi.
KOMPOSER dan penyanyi legenda, Datuk M Nasir menyifatkan kerjaya seninya merupakan satu perjalanan yang sangat indah meskipun harus melalui pelbagai onak dan duri.
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.