Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 20, 2024 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
1. Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Che'gu Bard dilarang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri, yang dihadapinya.
2. Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Perdana Menteri telah meminta agar Malaysia lebih agresif memasarkan produk halal, yang bukan hanya menumpukan kepada produk makanan dan minuman semata-mata tetapi keseluruhan industri halal.
3. Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang jaguh dari Filipina Carlos Yulo.
4. Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, tiga hari lepas.
5. Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat, perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
6. Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
7. Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok (Selasa)
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
8. Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
9. Boleh kritik kerajaan tetapi ada had dalam isu 3R - PM Anwar
Walaupun kritikan terhadap kerajaan adalah dibenarkan di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat had kepada kebebasan media, terutamanya berkaitan perkara sensitif seperti kaum, agama dan raja (3R).
10. Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Rangka manusia yang ditemukan di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas dekat sini pada 29 April lepas disahkan milik individu yang dilaporkan hilang hampir sebulan lepas iaitu Muhammad Syafiq Salehin.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;