Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 17, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
1. Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat.
2. Jemaah wanita meninggal dunia sebaik selesai baca Yasin di Masjid Zahir
Seorang jemaah wanita meninggal dunia di ruang solat utama Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir, di sini, pada Khamis malam.
3. Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Sejumlah 150 mangsa dari 52 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat melanda tiga daerah di Perak, tengah malam tadi.
4. KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
5. Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 22, dijatuhi hukuman itu sejurus membuat pengakuan bersalah atas satu pertuduhan pilihan.
6. Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Sekiranya mereka gagal untuk membalas surat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, keahlian mereka dalam parti akan terhenti serta-merta dan status sebagai wakil rakyat akan tergugur
7. Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
8. Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Malaysia dan Uzbekistan boleh berganding bahu bagi meneroka bidang baharu dalam pendigitalan serta peralihan tenaga sekali gus mempersiap rakyat masing-masing dengan ilmu baharu berkaitan Kecerdasan Buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
10. Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata adalah dipercayai bahawa terdapat gerakan tersusun daripada pihak tertentu untuk menyebarkan maklumat palsu di platform media sosial terutama Facebook bagi menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;