Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 16, 2024 23:55 MYT
Mei 16, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan dalam bukunya, Jalan Tegak terdapat cadangan untuk menjadikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Perdana Menteri pada tahun 2018.
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dengan kes samun dan cubaan melarikan seorang wanita dalam tiga serbuan di lokasi berasingan sekitar Johor Bahru dan Kulim, Kedah, Isnin lepas.
Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan peguam-peguam yang mewakili semua bekas penuntut yang kini berusia 28 tahun.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata beberapa acara bersempena istiadat berkenaan juga telah dirancang.
Tertuduh didakwa memandu kereta dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter.
Walaupun terdapat pemintaan yang tinggi terhadap kecerdasan buatan (AI) dalam pasaran, namun bagi syarikat TikTok, keperluan tenaga manusia masih tetap diperlukan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap insiden pengendali platform media sosial Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di platform media sosialnya tidak berulang pada masa hadapan.
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual khusus bagi pusingan suku akhir hingga akhir.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.