Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 13, 2024 23:54 MYT
Mei 13, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Dakwaan yang dilemparkan kononnya Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino merupakan fitnah liar dan tidak benar, tegas Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Setahun tidak berjumpa ibu ayahnya. Dia pelajar Malaysia Tahun 2 di Madinah, ibu bapanya pula di Malaysia.
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Lima lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat pada Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Qatar sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Barat itu, di sini.
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar hari ini, membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan segera mengambil tindakan menebang pokok-pokok yang berisiko tinggi susulan kejadian terbaharu pokok tumbang di ibu negara hari ini.
Skuad ping pong lelaki Bawah-19 tahun (B-19) dan B-15 mencipta sejarah, apabila buat pertama kali mengungguli Kejohanan Pingpong Remaja Asia Tenggara (SEA) 2024 acara berpasukan, di Kompleks Sukan Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.