Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 12, 2024 23:47 MYT
Mei 12, 2024 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Seorang ibu bersama bayi sembilan bulan dan seorang warga emas wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Batu 32 Jalan Semporna- Tawau, semalam.
Perikatan Nasional (PN) gagal menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) kerana didakwa tiada sebarang perkara yang ditawarkan untuk masa depan pengundi.
Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api.
Setakat ini, beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak, memberi maklum balas positif dan menyatakan kesediaan untuk mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf untuk digunakan dalam negara.
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.