Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 9, 2024 23:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
1. Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat dalam kejadian samun di rumah keluarganya di Guar Perahu, di sini, awal pagi Rabu.
2. Sultan Sharafuddin perkenan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa dengan MFL
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual berlangsung esok (10 Mei).
3. Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Abdul Halim Saad seperti juga ayah lain, sentiasa memanjat doa kepada Allah semoga segala derita dan kesakitan yang ditanggung anaknya dapat dikurangkan.
4. Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim Zainuddin dan keluarganya gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka.
5. Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
6. Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
Kementerian Dalam Negeri memahami kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
7. Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
8. Cabar siasatan SPRM: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Daim, keluarga
Tun Daim Zainuddin dan keluarganya pada Khamis gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung hal ehwal kewangan mereka.
9. Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah (BOD) SRC International Sdn Bhd kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) oleh syarikat itu untuk aktiviti pelaburan tidak dapat dibawa masuk dari luar negara
10. Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan
Kerajaan Persekutuan berazam untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;