Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 8, 2024 23:50 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
1. Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
2. Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
3. Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Selangor melancarkan kempen solidariti 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!' berikutan pemain mereka, Faisal Halim, dianiayai apabila disimbah asid di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.
4. Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Polis Johor percaya serangan terhadap pemain pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim tidak mempunyai kaitan dengan insiden membabitkan dua pemain negara baru-baru ini.
5. Saifuddin nafi pengurusan tertinggi FAM bakal jadi sasaran serangan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal jadi sasaran serangan.
6. Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti bahawa akaun Instagram atas nama Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim adalah akaun palsu.
7. Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Pendapatan penengah bulanan isi rumah negara telah melonjak kepada hampir RM3,000, meningkat 32 peratus berbanding tahap sebelum COVID-19, manakala kadar pengangguran pula menurun dari 12 peratus pada awal 2021, kepada 5.9 peratus pada Oktober tahun lalu.
8. SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn Bhd tidak akan mengalami kerugian membabitkan pelaburan berjumlah RM3.6 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) jika Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak selaras dengan nasihat Lembaga Pengarah syarikat itu.
9. Kesederhanaan tidak terhad pada agama Islam - Ahmad Zahid
Kesederhanaan adalah kunci utama dalam memupuk keharmonian dan toleransi, khususnya bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
10. Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diseru supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan imej bola sepak negara yang terjejas susulan tiga insiden serangan jenayah ke atas pemain bola sepak negara baru-baru ini.
#berita pilihan #tempatan #bola sepak #simbah asid
;