Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 6, 2024 23:59 MYT
Mei 6, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Enam orang dikhuatiri lemas, dua cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai dihanyutkan kepala air di Lembah Maksina, Makuau, di sini, malam tadi.
Seorang lelaki diberkas pada Ahad untuk siasatan kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penjawat awam yang tidak berintegriti tidak berhak mendapat layanan yang sama oleh kerajaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Jan lepas dan atas jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di ibu negara pada jam 3.40 petang, Isnin selepas mengalami komplikasi paru-paru.
Tegasnya Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata terbesar kepada rejim Zionis yang melakukan serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memastikan kawalan keselamatan terhadap barisan pemain kebangsaan dipertingkatkan sepanjang tugasan rasmi bersama skuad Harimau Malaya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru tindak balas bersepadu secara global ditampilkan semasa dunia berhadapan dengan landskap global yang semakin berpecah-belah, yang mengancam keselamatan dan kemakmuran kolektif.
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kerajaan akan meneliti cadangan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai langkah-langkah bersesuaian bagi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.