Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 3, 2024 23:55 MYT
Mei 3, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Orang ramai digesa sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung pada 5 petang.
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun dia dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga ke-73 tahun lepas.
Cuepacs kecewa apabila isu kenaikan gaji penjawat awam mula dipolitikkan sehingga timbulnya idea untuk menggagalkan hasrat kerajaan itu melalui penolakan sokongan di Parlimen.
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan pihak berkuasa tempatan ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Tiga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisoner, Deputi Superitendan dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.