Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 1, 2024 23:59 MYT
Mei 1, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Meil 2024.
Kenaikan gaji penjawat awam akan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Steven berkata, kerajaan sedar gaji minimum sahaja tidak memadai, terutamanya mereka yang berpendapatan sederhana.
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig disegerakan.
Lembaga Maktab Mahmud menafikan dakwaan kononnya terdapat kartel dalam organisasi itu seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Pengumuman kerajaan berhubung kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini satu penghargaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara yang meletakkan negara di landasan kukuh, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
10. Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, bukan sahaja diterjemahkan dari segi pelaburan tetapi juga membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.