Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 29, 2024 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
1. Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan memfitnah dan menghasut, yang mana ia akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong pada Januari dan awal bulan ini.
2. Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
3. Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills" memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan Malaysia.
4. 'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
Tindakan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menaja seramai 30 jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan, diharapkan menjadi contoh kepada syarikat pengendali umrah dan haji lain untuk berbuat perkara sama.
5. SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM sudah merakamkan keterangan 14 saksi dan membuat pemeriksaan ke atas 10 premis yang berkaitan dengan dakwaan membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
6. Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Jelas Nora, dia mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah.
7. Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan tabung berkenaan diaktifkan berkuat kuasa hari ini.
8. Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada Sabtu.
9. Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
10. OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Pindaan perundangan terbaharu Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang diluluskan awal tahun ini secara rasmi menginstitusikan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) dalam Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI).
#berita pilihan #tempatan #juara dunia #Rumah Tangga
;