Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 21, 2024 23:50 MYT
April 21, 2024 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 April 2024.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat persediaan dua tahun lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16, seterusnya memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Tidak perlu ada Memorandum Persefahaman (MoU), jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dilihat mencabar kerajaan malah boleh mencetuskan krisis Perlembagaan.
Polis giat memburu lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul membabitkan seorang jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol di sini pada Jumaat.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Menurut Duta Besar Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal, perkara ini jelas berdasarkan interaksi berterusan Perdana Menteri mengenai isu tersebut bersama beberapa pemimpin utama dunia.
Kementerian Pertahanan (Mindef) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Asia Barat untuk membantu menguruskan keselamatan para pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sehubungan itu, tidak timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah berkenaan susulan kejadian seorang pelajar rebah dan kemudian meninggal dunia ketika menyertai acara terbabit.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.