Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 15, 2024 23:58 MYT
April 15, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 April 2024.
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Khairy Jamaluddin menzahirkan rasa puas hati selepas Datuk Lokman Noor Adam bersetuju untuk memohon maaf dan membayar pampasan yang tidak didedahkan kepada bekas Menteri Kesihatan itu.
Ahli perniagaan, Farah Cie mengakui masih trauma ekoran kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Seorang pemandu lori didakwa atas tiga pertuduhan membabitkan cubaan membunuh anggota polis serta dua lagi kesalahan trafik di Jempol pada minggu lalu.
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu berkuatkuasa pada 15 Mei depan.
Polis memberkas seorang lelaki yang melepaskan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Timur Tengah dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Harga emas global naik melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram susulan laporan awal membabitkan serangan Iran ke atas Israel pada hujung minggu lalu.