Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 9, 2024 23:51 MYT
April 9, 2024 23:51 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 April 2024.
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang menyiasat isu tular berkaitan tunggakan gaji pekerja sebuah klinik swasta, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengingatkan golongan berisiko supaya tidak terdedah terlalu lama pada cuaca panas dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri ini bagi mengelak strok haba.
Seorang lelaki yang juga pemandu pelancong maut setelah ditimpa bongkah batu di kawasan Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling, Taman Saikat, di sini pada Isnin.
Seorang lelaki tidak pernah menyangka bahawa takdir hidupnya akan berakhir di sebalik tirai besi.
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Selasa atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik, Jumaat lalu.
Kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk melibatkan harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia memerlukan kekuatan dan komitmen seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bagi melonjakkan negara ke tahap terbaik dan bermaruah.
Durasinya hanya lima minit namun tetapi 'lembaran baharu' yang disampaikan menerusi iklan hari raya RHB, begitu menambat hati pelbagai masyarakat negara ini menerusi 'semangat muhibah' yang terjalin, tatkala menghulurkan bantuan tanpa mengira warna kulit.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.